CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, December 28, 2007

Hadiah Daripada Hati


Seperti biasa..sebagai peminat penetik...Ct Nurhaliza....
aku beli album ni..last week...........

ni aku copy dari Sitizone.com..

"Assalammualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua gembira dan sihat selalu hendaknya.Khabar gembira buat semua adalah kemunculan album terbaru daripada saya, Hadiah Daripada Hati. Di laman ini terdapat info terkini dan harapnya anda dapat bersabar menunggu tarikh 10 Disember di mana album ini bakal dipasarkan. Album ini merupakan hadiah teristimewa buat anda semua yang telah lama menunggu kemunculannya. Doa saya agar anda juga berpuas hati bila mendengarkan hasilnya nanti dan harapan saya juga agar anda dapat membeli album yang original. Jika mahu muat turun biarlah daripada syarikat yang sah iaitu SN Mobile Digital, iaitu syarikat milik saya yang sah. Siti harap dengan adanya album baru ini, anda dapat menjadikannya koleksi istimewa dan sukakan lagu2 yang terdapat di dalamnya. Semua maklumat akan terdapat dalam album itu nanti termasuk kod lagu dan sebagainya.Saya harap album ini tidak dibandingkan dengan album-album terdahulu kerana setiap daripada karya yang saya rakamkan adalah berbeza-beza namun saya akui amat berpuas hati dengan penghasilan album ini dari segenap segi. Ini juga adalah berkat doa anda semua. Terima kasih saya ucapkan di atas kesabaran anda menantikan album ini.Semoga dengan `kepergian' sementara saya nanti, album ini dapat mengubat kerinduan anda. InsyaAllah doakan sewaktu saya berada di sana akan dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan lancar. Doakan selamat pergi dan kembali. Pada kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada setiap seorang daripada anda yang mengenali saya, doakan yang terbaik buat saya hendaknya.Mengenai lagu Destinasi Cinta menempah tiket ke Juara Lagu, terima kasih juga atas sokongan anda yang tidak pernah jemu. Tanggungjawab itu akan saya galas dengan sebaiknya nanti.Sebelum mengundurkan diri, saya sekali lagi mengharapkan agar anda dapat menerima kemunculan album terbaru ini, juga saya ucapkan Selamat Menyambut AidilAdha walaupun masih awal tetapi saya dahulukan di laman ini kerana mempunyai kesempatan di sini. Salam kemaafan daripada saya buat anda semua, semoga gembira selalu dan Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita."



Keseluruhan aku bagi 4/5 bintang...Transkripsi lagi best..tapi mcm yg Ct ckp
jgn compare transkripsi dgan HDH...masa Transkripsi..ct tengah bercintan cintun
HDH byak lagu fresh...best..
antara yg best... "KU MAHU", "WANITA", "MULANYA CINTA".. DAN "MELAWAN KESEPIAN"....
dan yang penting..Ct looks so pretty in the album...hitam segala-galanya
macam hook yg ctsifir pakai jer Ct...muekekekekke....................

dan feveret aku keempat2 ni..dgar byak kali..ulang2..besttttt............
To Ct...aka Datin Seri CT, Hajjah Ct, Dato' Ct..ALL THE BEST..
I will alway be your no. 1 supporter. Luv u alwiz..no matter what.. ;)

TGIF and Happy New Year

Thanks Allah it's Friday....

Esok, lusa dan Isnin aku akan ke Penang...menghabiskan sisa-sisa cuti tahunan aku yg susah sgt nak abis tu...

Di sini aku mengambil kesempatan nak ucapkan Selamat Tawun Baru...kepada sume kakitangan SNP Production...eh..silap...
sume kawan2 aku...yang sudi singgah blog aku yg papentah nih...
Walaupun aku tau bape kerat jer kawan2 cyber aku yg tau pasal kewujudan blog ni
kalo yg tau pun lum tentu tau sape aku kan
maklumlah aku berkelubung sepanjang tawun..ala2 Benazir Bhutto (Arwah)..

Semoga tahun 2008 menjanjikan seribu kemanisan buat semua....dan buat kawan2 yang nk gi bercuti tu..kalo gi penang..koling2 lah aku k...manelah tau ..leh blind date sambil berjanji pakai baju warna aper...mauahahhahahaha...............

Jap gi aku nak hapdet pasal satu menda...kalo rajin...meh baca...muekekekeke..
k lar...
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Al-Fatihah

AlFatihah buat Allahyarhamah Benazir Bhutto yang meninggal dunia pada Khamis, pukul 5.25 petang (8.25 malam waktu Malaysia) di Hospital Umum Rawalpindi Pakistan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat..
I donch care what people say about her...sekutu US ker...
what eva it is..she's still muslim.. and for me, she is the great women leader in this era
Kudos to her.. May her soul rest in peace.. Amin..
Al-Fatihah

Wednesday, December 12, 2007

Happy 3rd Anniversary (12th Dec)


Ucapan mumantis dan momentik buat Abang yg dicintai...
Abang,
Thanks for being a wonderful husband..
You are my everything..
I love you with every beat of my heart.....
Semoga Allah memanjangkan jodoh kite ke akhir hayat....dan semoga Allah memakbulkan doa kita selama ini..Amin...

With lots of Love,Hugs and Kisses ;

Me... :)


gamba ni aku pilih..sbb hampir menyerupai gamba aku dan peristiwa yg berlaku tu cam lebih kurang jer.... ;) muahhahaha....


Hari ni...3rd anniversary kami..
kejap jer dah 3 tawun..kite kawen kan sayang?...
teringat lagi saat indah kite sanding atas pelamin kan...kekekekke
kelakar pun ada...
sonok dah tentu lah kan... tingat saat kena nikah..tingat saat nak wat preparation kawen...
kalut sungguh kan bang?..tapi at last...berjaya gak kite capai impian kita kan?...

Kite bertunang 22.2 kan abang?..suke sgt angkat yg ada 2 ni.jgn kawen 2 dah lah ye abang....nnti I fire you mcm otromen memfire resaksa....jgn tau..diulangi..jgn...
ingat tak...kaler tema kiter? turquoise kan?..rumah abang kaler hijau..sonok kan..rase nak kawen sekali lagi..tapi dgan abang lah..dgan org len tamo... :D...

ailebiu tau..ailebiu sgt...
Semoga rumahtangga kite kekal ke akhir hayat tau..dimurahkan rezeki dan dimakbulkan segala impian dan doa kita.....
Ailebiu Abang...